AI bantu Maidam proses, agih segera bantuan asnaf

LocalTechnology
11 Aug 2026 • 2:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: AI bantu Maidam proses, agih segera bantuan asnaf

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mempermudahkan proses permohonan dan penyaluran bantuan menerusi asnaf menerusi pengendalian sepenuhnya secara dalam talian dan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Azrin Adnan berkata, permohonan bantuan asnaf kini boleh dilakukan terus secara dalam talian.

“Tidak perlu lagi ke pejabat Maidam negeri atau cawangan untuk menghantar borang dan dokumen sokongan diperlukan. Muat naik terus ke dalam sistem secara dalam talian, permohonan terus diproses setelah nombor rujukan diberikan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menerima zakat korporat berjumlah RM100,000 daripada McDonald’s Malaysia yang diwakili Naib Presiden Kanannya, Ahmad Azhar Mohamad Darbi.

Ahmad Azrin berkata, pegawai penyiasat Maidam bertanggungjawab akan memproses setiap permohonan tersebut dengan segera dengan bantuan AI.

Beliau berkata, penambahbaikan sistem permohonan tersebut juga dapat melicinkan dan mempercepatkan lagi penyaluran bantuan kepada asnaf berkelayakan.

“Kita sasar semua permohonan termasuk bantuan sara hidup asnaf dapat diluluskan seterusnya disalurkan dalam tempoh dua minggu sahaja berbanding mencecah tiga bulan sebelum ini.

“Pemohon yang kurang arif atau tidak berkemampuan jangan risau, kakitangan Maidam dan pemimpin komuniti seperti ahli jawatankuasa masjid dan amil zakat sedia membantu membuat permohonan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post AI bantu Maidam proses, agih segera bantuan asnaf appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved