Tiada sekatan Ahli Parlimen, peruntukan disalur terus kepada rakyat – PM

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 4:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada sekatan Ahli Parlimen, peruntukan disalur terus kepada rakyat – PM

ALOR GAJAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan berlaku sekatan terhadap peruntukan Ahli Parlimen, sebaliknya menegaskan penyaluran bantuan dibuat terus kepada rakyat menerusi projek dan inisiatif berkaitan.

Beliau berkata, peruntukan tidak semestinya disalurkan kepada Ahli Parlimen kerana matlamat utama adalah memastikan manfaat sampai kepada rakyat.

“Tak ada (sekatan), peruntukan tak semestinya bagi kepada Ahli Parlimen. Peruntukan diberi kepada rakyat. Sejak bila kita kena bagi Ahli Parlimen?.

“Kalau peruntukan ada RM2 juta, RM2 juta kepada rakyat, pada sekolah, sekolah agama, masjid, longkang baiki. Itu semua kita akan lakukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rasyidin di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berhubung isu sekatan peruntukan kawasan sehingga menjejaskan penyaluran bantuan kepada masyarakat.

Mengulas lanjut Anwar berkata, dasar berkenaan telah lama dilaksanakan dan perkara itu diketahui oleh Ahli Parlimen terbabit ketika mereka sebelum ini memegang jawatan sama.

“Dasar itu terpakai sejak dulu, semasa mereka Ahli Parlimen dulu mereka tahu. Sekarang dia menentang. Jadi bila dia menentang, kita salurkan terus kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Rodziah mendakwa akses sistem MyKhas yang digunakan bagi permohonan dan penyelarasan peruntukan kawasan disekat sejak 29 Julai lalu.

Beliau mendakwa tindakan itu menjejaskan urusan penyaluran bantuan kepada penduduk termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik serta institusi tempatan di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR).

Dakwaan sama turut dibuat Chean Chung yang menyatakan baki peruntukan RM3 juta bagi kawasan berkenaan tidak lagi disalurkan melalui Ahli Parlimen dipilih rakyat selepas akses portal MyKhas miliknya disekat sejak penghujung Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Tiada sekatan Ahli Parlimen, peruntukan disalur terus kepada rakyat – PM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved