
Ai Ogura sememangnya dikenali sebagai pelumba yang tenang dan tidak mudah panik di atas litar. Malah, ramai pemerhati menganggap beliau sebagai pelumba yang “lambat panas” kerana sering bergelut di kelompok pertengahan pada awal perlumbaan sebelum mula meningkatkan rentak dan menyerang di penghujung saingan.
Namun, menjelang perlumbaan kali ini, Ogura tampil dengan kenyataan yang mencuri perhatian. Dalam sidang media, beliau secara terbuka menyatakan hasrat untuk meraih kemenangan sulungnya, sambil mengakui peluang tersebut kini semakin hampir berada dalam genggamannya.
Dalam nada berseloroh, Ogura turut berkongsi gurauan yang bermain di fikirannya: “Tolonglah Marc, bagi saya pula menang. Awak dah banyak sangat menang.”
Walaupun diucapkan dengan nada jenaka, kenyataan itu menggambarkan keazaman Ogura untuk akhirnya menamatkan penantian dan berdiri di puncak podium, terutama apabila perlu berdepan dominasi Marc Marquez yang terus mengumpul kemenangan.
The post Ai Ogura Minta Marc Marquez Bagi Chance appeared first on TW Media.




