“Air setakat pinggang je” – Lelaki Kongsi Detik Ditarik ‘Rip Current’ Ketika Mandi Laut

Entertainment
29 Sep 2025 • 5:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rip current ialah arus laut sempit tetapi kuat yang menarik dari pantai ke tengah laut, dan cara selamat menghadapinya ialah jangan melawan arus sebaliknya berenang ke sisi pantai sehingga keluar dari arus, sebelum kembali ke darat.

Seorang lelaki di TikTok berkongsi pengalamannya tertarik oleh rip current itu ketika sedang mandi-manda di Kata Beach, Phuket, Thailand.

Pengguna TikTok @afiqipin itu berkongsi dia tidak pun mandi di kawasan tengah laut sebaliknya dia hanya bermandi-manda berhampiran pesisiran pantai, malah menurutnya air juga tidak begitu dalam dan hanya di paras pinggangnya.

@afiqipin

Pengalaman yg takkan dilupakan…hati2 bila main pantai #ripcurrent

♬ original sound – Afiq Ipin – Afiq Ipin

“Tiba-tiba ombak tu tarik sampai tengah laut dan kalau saya tak pernah baca pasal rip current saya tak tahu, mungkin saya tak buat video ini,” katanya.

Menurutnya, ketika ditarik itu air laut menjadi hitam kerana perkara itu terjadi apabila dua ombak bertembung.

Dia juga berkata jika sesiapa termasuk dalam rip current, mereka perlu kekal tenang dan jangan berenang melawan arus, hanya perlu membiarkan arus membawa sehingga ke pesisiran pantai.

 

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.