AirAsia Hausboom Festival 2025: “Paint The Town Red” Gegarkan MAEPS Serdang Oktober Ini

LocalEntertainment
27 Aug 2025 • 5:45 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – AirAsia Hausboom Festival 2025 powered by Hotlink bakal kembali pada 11 & 12 Oktober di MAEPS Serdang dengan tema baharu “Paint The Town Red”, menghimpunkan gabungan muzik, fesyen dan makanan terbesar tahun ini.

Festival ini bukan sekadar konsert muzik, tetapi satu pengalaman gaya hidup menyeluruh. Tahun ini, Hausboom memperkenalkan Hausboom KL Foodie Fest dengan lebih 100 vendor makanan unik, serta Hausboom Lokal Fest 2025 yang menampilkan lebih 80 jenama streetwear dan lifestyle termasuk SVG, Makerz, Kyrex, The Capcity dan koleksi thrift eksklusif hasil kerjasama bersama SOVO.

Penganjur turut menawarkan peluang memenangi sebuah Perodua Ativa baharu melalui cabutan bertuah eksklusif untuk pemegang tiket festival.

Senarai Artis Penuh

  1. Dato’ M. Nasir
  2. Dato’ Jamal Abdillah
  3. Ella
  4. Noh Salleh & Restoe Iboe Band
  5. Bunkface
  6. Samsons
  7. Dolla
  8. K-Clique
  9. Spider
  10. Slam
  11. Def-Gab-C
  12. 6ixth Sense
  13. Insomniacks
  14. Kunto Aji
  15. Bernadya
  16. Feby Putri
  17. Nadhif Basalamah
  18. Ghea Indrawari
  19. Salammusik
  20. Gerhana Skacinta
  21. Lucidrari
  22. No Good
  23. LOKO
  24. Benzooloo
  25. Johny Comes Lately
  26. Margasatwa
  27. Empty Page
  28. Slatan
  29. FUGO
  30. TT.13
  31. Spooky Wet Dreams
  32. The Rudean
  33. DJ Fuzz

Tiket & Maklumat

  • RM119 (General Admission)
  • RM299 (Rockzone)
  • RM1,200 (VVIP – termasuk view deck premium, makanan & minuman tanpa had, laluan ekspres dan tandas khas)

Tarikh: 11 & 12 Oktober 2025
Lokasi: MAEPS, Serdang