Ajak Boikot Di Indonesia, Lelaki 'Tepek' Fakta Pedih Kuasa Beli Malaysia

LocalBusiness & Finance
20 Oct 2026 • 11:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ajak Boikot Di Indonesia, Lelaki 'Tepek' Fakta Pedih Kuasa Beli Malaysia

Ibarat abang adik, itulah yang boleh digambarkan mengenai perbalahan antara warganet Malaysia dan Indonesia di media sosial dan ia bukanlah perkara baharu.

Ada sahaja isu yang mengundang perdebatan, daripada soal makanan dan budaya sehinggalah melibatkan jenama serta ekonomi kedua-dua negara.

Terbaharu, timbul seruan daripada segelintir warganet Indonesia yang mengajak orang ramai memboikot sebuah rangkaian kedai barangan rumah dari Malaysia.

'Tepek' Fakta Tentang Kuasa Beli Malaysia

Di sebalik seruan itu, seorang lelaki tampil memberikan pandangannya mengenai kuasa membeli rakyat Malaysia.

Perkongsian tersebut membawa perbincangan kepada satu persoalan: adakah jumlah penduduk yang ramai semestinya mencerminkan kuasa membeli yang lebih tinggi?

Baca juga:

Niat di sebalik kempen tersebut kononnya mahu menjejaskan ekonomi syarikat berkenaan dan memberi tekanan kepada Malaysia

Walau bagaimanapun, usaha berkenaan tidak bertahan lama apabila seorang lelaki yang tampil menyuarakan pandangan yang agak pedas tetapi berasaskan realiti.

"Indonesia gak bisa boikot produk Malaysia hingga saham jatuh. Ini jaminan saya. Warga Indonesia kurang daya beli. Populasi besar tapi daya beli kecil. Beza sama Malaysia populasi kecil tapi daya beli besar," komennya.

Berdasarkan perkongsian data Household Consumption Per Capita (PPP) bagi tahun 2025 turut mendedahkan jurang kuasa membeli antara Malaysia dan Indonesia.

Image from: Ajak Boikot Di Indonesia, Lelaki 'Tepek' Fakta Pedih Kuasa Beli Malaysia

Nisbah perbelanjaan isi rumah per kapita pengguna di Malaysia mencecah US$24,224, manakala Indonesia berada pada paras US$9,089.3.

Reaksi dan Respon Wargamaya

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, hantaran berkenaan mencuri perhatian netizen Malaysia.

Rata-ratanya tidak cepat melatah, sebaliknya menyambut situasi itu dengan nada humor.

 “Korang boikot, orang korang yang ramai tu jugak yang hilang kerja.”

Malah, sebahagian turut menganggap seruan boikot tersebut langsung tidak menjejaskan syarikat tempatan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved