Ajak menderma, ayat Azhar Sulaiman tarik perhatian -“ Masjid dibina atas tanah yang sah”

16 Apr 2025 • 11:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
ayat Azhar Sulaiman

Ayat Azhar Sulaiman dalam mengajak orang ramai menghulurkan sumbangan kepada pembinaan sebuah masjid di Sungai Buloh telah menarik perhatian ramai apabila memberi bukti bahawa masjid berkenaan dibina diatas tanah yang sah.

Guna pengaruh untuk ajak orang ramai beri sumbangan

Menerusi perkongsian pelakon terbabit, Azhar menyatakan bahawa dirinya tidak mempunyai wang berjuta dan bukan juga seorang kariah di masjid tersebut.

image is not available

Ayat Azhar Sulaiman ajak orang ramai menderma memang best!

Walau bagaimanapun, dia dan ramai rakan-rakan seni kerap menumpang solat di masjid tersebut jika mempunyai pengambaran di lokasi terbabit.

Jadi, dia sebagai seorang public figure mahu menggunakan pengaruh yang dimiliki untuk membantu mencukupi kos menaiktaraf masjid terbabit dengan menguar-uarkan kutipan sumbangan.

“Saya dan ramai warga seni selalu tumpang bersolat di masjid ini sebab kami selalu melakukan pengambaran di bangunan terbengkalai di belakang masjid ini.

“Maka dengan power mempengaruhi saya dan kita semua di sini, marilah kita ramai-ramai membantu menaik taraf masjid yang satu-satunya ada di kawasan Pekan Sungai Buloh ini,” tulisnya.

Ayat Azhar Sulaiman beri bukti masjid dibina atas tanah sah

Azhar Sulaiman turut menyertakan maklumat berkaitan Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh tersebut sebagai bukti bahawa masjid terbabit dibina diatas tanah yang sah.

image is not available

Maklumat lengkap ada di Portal Masjid Malaysia

image is not available

Usaha nampaknya berbaloi

Susulan daripada perkongsian yang dibuat oleh Azhar di media sosial miliknya, ramai yang telah menghulurkan sumbangan dan dia menyatakan bahawa pihak masjid memberitahu telah menerima ribuan ringgit sumbangan yang diberi oleh orang ramai selepas hantarannya tular di media sosial.

image is not available

Dah dapat kumpul lebih RM2 juta

Difahamkan, dalam perkembangan terkini berkenaan sumbangan, Azhar memaklumkan bahawa pihak masjid telah menerima sumbangan mencecah lebih RM2 juta dan ia sangat mengejutkan ramai.

image is not available

Dapat dilihat usaha yang dilakukan Azhar mendapat reaksi positif daripada netizen di media sosial apabila masing-masing mendoakan agar urusan pelakon terbabit serta pembinaan masjid berkenaan dipermudah.

Mereka juga memuji tindakan pelakon itu dalam menggunakan pengaruh yang dimiliki untuk melakukan kebaikkan sehingga memberi manfaat kepada banyak pihak.

Sumber: Facebook Azhar Sulaiman