AJBC: Pemain muda pertaruh kehebatan pusingan 10 di Pulau Pinang

26 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

AJBC: Pemain muda pertaruh kehebatan pusingan 10 di Pulau Pinang

Seramai 309 pemain mengambil bahagian dalam Kejohanan Allianz Junior Badminton Championship (AJBC) 2026 pusingan 10 di Pulau Pinang, yang menyaksikan persaingan sengit dalam kategori bawah 11, bawah 13 dan bawah 15 tahun.

Dalam kategori perseorangan lelaki bawah 15 tahun (BS B-15), Yeoh Zhen Hong, muncul juara selepas menewaskan Tan Ee Jay menerusi keputusan 15-10, 14-16, 15-13 dalam perlawanan yang berlangsung sengit.

Bagi perseorangan perempuan bawah 15 tahun (GS B-15), Ooi Xin Yan menjuarai kategori itu selepas mengatasi Chuah Tian Ning dengan keputusan 15-13, 15-13.

Kategori beregu lelaki bawah 15 tahun (BD B-15) menyaksikan gandingan Dani Syafi Zaidi dan Putra Assolihin Mohamad Hamim merangkul gelaran juara selepas menewaskan Cavan Tan Kai En dan Tan Ee Jay, 15-10, 15-7.

Dalam beregu perempuan bawah 15 tahun (GD B-15), pasangan H’ng Zi Ying dan Yap Wan Xin berjaya meraih kejuaraan selepas mengatasi gandingan Choong Shu Hui dan Hawa Binti Johari dengan keputusan 15-11, 17-15, 15-11.

Dalam kategori bawah 13 tahun, Gareth Ho Kai Hong muncul juara perseorangan lelaki (BS B-13) selepas menewaskan Wafiq Irfan Wan Muhammad Azahar, 15-10, 15-12. Gareth turut beraksi dalam acara beregu lelaki bersama Wafiq, namun pasangan itu terpaksa berpuas hati sebagai naib juara selepas tewas kepada Jake Ooi Ew Joo dan Lee Zi Ya.

Sementara itu, Nur Eryna Izzati Binti Muhammad Haizad muncul juara perseorangan perempuan (GS B-13) selepas menewaskan Lim Yan Xi, 15-9, 15-10. Nur Eryna turut beraksi dalam acara beregu perempuan bersama Foo Nai Wen, tetapi pasangan itu menamatkan saingan sebagai naib juara selepas tewas kepada Eugene Lim dan Lim Yan Xi, 11-15, 15-12, 15-10.

Dalam kategori bawah 11 tahun, Tan Yi Shen menjuarai perseorangan lelaki (BS B-11) selepas menewaskan Desmond Tan Ze Huai dengan keputusan 15-9, 15-10.

Chloe Ooi pula mengungguli perseorangan perempuan bawah 11 tahun (GS B-11) selepas menewaskan Lim Zhitong, 15-7, 15-11, untuk merangkul gelaran juara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved