Sekolah di P. Pinang tak tutup, jerebu bawah IPU 100

LocalEnvironment
11 Oct 2026 • 4:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sekolah di P. Pinang tak tutup, jerebu bawah IPU 100

GEORGE TOWN – Semua institusi pendidikan di Pulau Pinang akan beroperasi seperti biasa esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua kawasan pemantauan di negeri ini berada di bawah paras 100.

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bacaan IPU sehingga pukul 12 tengah hari tadi menunjukkan keadaan kualiti udara masih terkawal.

Bagaimanapun, JPNPP memaklumkan operasi semua institusi pendidikan pada Isnin, 12 Oktober itu tertakluk kepada sebarang arahan terbaharu daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dan pihak berkuasa berkaitan.

Menurut kenyataan itu, JPNPP bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak sekolah akan terus memantau bacaan IPU melalui sumber rasmi dan menilai perkembangan kualiti udara di lokasi masing-masing.

‘Sebarang perubahan keadaan akan diteliti untuk tindakan sewajarnya, selain dimaklumkan kepada pihak sekolah.

“Pihak sekolah juga diminta memastikan operasi dilaksanakan mengikut arahan KPM serta garis panduan yang berkuat kuasa,” katanya di sini, hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah, termasuk sukan dan kokurikulum, hendaklah mengambil kira bacaan IPU semasa serta tahap kesihatan murid dan warga sekolah.

“JPNPP komited untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan, di samping memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan teratur,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

The post Sekolah di P. Pinang tak tutup, jerebu bawah IPU 100 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved