Ajinomoto lancar kempen ‘Cinta Rasa Malaysia’ sempena bulan kemerdekaan

Business & Finance
20 Aug 2026 • 2:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ajinomoto lancar kempen ‘Cinta Rasa Malaysia’ sempena bulan kemerdekaan

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) melancarkan kempen “Cinta Rasa Malaysia” sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, yang bukan sahaja meraikan kepelbagaian budaya makanan tempatan, malah menggalakkan masyarakat menyumbang kepada golongan memerlukan.

Kempen yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2026 itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM25,000, selain menyokong usaha menyediakan bantuan makanan kepada keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara.

Menerusi kempen berkenaan, AMB berkata, pengguna yang berbelanja sekurang-kurangnya RM10 bagi produk Ajinomoto Malaysia dalam satu resit boleh menyertai peraduan Beli & Menang dengan menghantar resit menerusi WhatsApp atau platform SmartCooking.com.my.

“Bagi setiap resit bernilai RM10 yang memenuhi syarat, AMB akan menyumbangkan RM1 kepada Yayasan MyKasih bagi membantu menyediakan bantuan makanan kepada keluarga yang berdepan masalah ketidakjaminan makanan.

“Langkah itu menjadikan setiap penyertaan bukan sekadar peluang untuk memenangi hadiah, malah turut memberi sumbangan kepada usaha kebajikan masyarakat.

“Dari segi hadiah, seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang Thermomix TM7 sebagai Hadiah Utama, manakala tiga pemenang masing-masing akan menerima set peralatan memasak Le Creuset dan Tefal,” katanya dalam kenyataan.

Peserta turut berpeluang memenangi kredit Touch ’n Go eWallet bernilai RM69 setiap minggu untuk lapan pemenang, selain kredit Touch ’n Go eWallet RM5 kepada 100 peserta pertama setiap bulan.

Setiap penyertaan yang memenuhi syarat juga melayakkan peserta menerima 200 Mata Smart di SmartCooking.com.my.

Menurut AMB, kempen “Cinta Rasa Malaysia” mencerminkan komitmen syarikat dalam meraikan momen yang menyatukan rakyat Malaysia melalui makanan, di samping menggalakkan budaya berkongsi dan memberi kembali kepada masyarakat.

Kempen itu turut menampilkan koleksi Resipi Cinta Rasa Malaysia yang boleh diakses menerusi kod QR pada bahan kempen, dengan pilihan hidangan tempatan seperti Nasi Lemak Ayam Goreng, Laksa Sarawak, Kari Ayam dan Char Kuey Teow.

Dalam pada itu, pengguna berpeluang mendapatkan Kucing Tote Bag Blind Box edisi terhad yang hadir dalam empat reka bentuk eksklusif menerusi Ajinomoto Malaysia Official Store di Shopee, Lazada, TikTok Shop dan SmartCooking.com.my, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Kempen berkenaan turut dibawa ke Festival Budaya Malaysia yang berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pengunjung berpeluang menyertai permainan interaktif, aktiviti pensampelan produk, promosi eksklusif serta pelbagai program yang meraikan kepelbagaian budaya makanan Malaysia.

Sepanjang tempoh kempen, AMB turut menjalankan pelbagai aktiviti menerusi paparan dalam kedai di seluruh negara, kandungan digital, kerjasama bersama pempengaruh serta aktiviti dalam talian.

Maklumat lanjut mengenai kempen boleh diperoleh menerusi SmartCooking.com.my dan platform media sosial Ajinomoto MY Foodie. – UTUSAN

The post Ajinomoto lancar kempen ‘Cinta Rasa Malaysia’ sempena bulan kemerdekaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved