Alif Satar & The Locos semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan menerusi ‘Kibar Cinta Merdeka’, raikan kebersamaan rakyat Malaysia

LocalMusic
19 Aug 2026 • 4:08 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Alif Satar & The Locos semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan menerusi ‘Kibar Cinta Merdeka’, raikan kebersamaan rakyat Malaysia

MENAMBAHKAN warna kepada sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, penyanyi dan personaliti popular, Alif Satar bersama The Locos tampil menerusi lagu serta video muzik istimewa berjudul Kibar Cinta Merdeka.

Karya berkenaan bukan sekadar mengangkat tema patriotik, tetapi turut membawa mesej tentang kebersamaan rakyat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian.

Melalui melodi yang rancak dan visual yang sarat dengan elemen Malaysia, Kibar Cinta Merdeka mengajak masyarakat melihat semangat kemerdekaan daripada sudut yang lebih dekat dengan kehidupan seharian.

Ia bukan semata-mata tentang mengingati sejarah, sebaliknya turut menghargai perkara yang menjadikan Malaysia istimewa, kepelbagaian budaya, keluarga, persahabatan dan hubungan sesama masyarakat.

Alif Satar & The Locos pula membawa tenaga tersendiri kepada karya tersebut, sekali gus menjadikan lagu berkenaan sesuai dinikmati dalam pelbagai suasana sepanjang sambutan Merdeka.

Bagi Alif, mesej utama yang ingin disampaikan cukup sederhana tetapi dekat dengan kehidupan rakyat.

“Kibar Cinta Merdeka adalah tentang kita semua. Walaupun kita datang daripada latar belakang yang berbeza, kita berkongsi satu tanah air dan satu rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

“Kami berharap lagu ini dapat membawa semangat positif dan mengingatkan kita untuk terus menghargai kebersamaan yang menjadikan Malaysia begitu istimewa,” katanya.

Image from: Alif Satar & The Locos semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan menerusi ‘Kibar Cinta Merdeka’, raikan kebersamaan rakyat Malaysia

Muzik yang menyatukan

Menariknya, lagu patriotik tidak semestinya perlu hadir dalam bentuk yang terlalu serius. Muzik yang ceria dan mudah dihayati juga mampu menjadi penghubung antara generasi, terutama apabila dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Itulah yang cuba diketengahkan menerusi Kibar Cinta Merdeka, sebuah karya yang meraikan rasa bangga menjadi anak Malaysia tanpa mengira perbezaan latar belakang.

Kolaborasi bersama Nutriplus itu turut melihat makanan sebagai salah satu elemen yang dekat dengan kehidupan masyarakat. Seperti muzik, meja makan juga sering menjadi ruang untuk keluarga dan sahabat berkumpul, berkongsi cerita serta mencipta kenangan.

Daripada sarapan pagi bersama keluarga, menikmati hidangan ketika hujung minggu hinggalah berkumpul sempena musim perayaan, momen-momen kecil sebegini sebenarnya turut menjadi sebahagian daripada cerita tentang Malaysia.

Dalam masa sama, sempena pelancaran Kibar Cinta Merdeka, Nutriplus turut mengadakan kempen Beli & Menang 999 Gold Egg yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2026.

Menerusi kempen berkenaan, pembelian minimum RM35 produk telur dan/atau makanan sejuk beku Nutriplus dalam satu resit melayakkan pengguna menyertai cabutan hadiah, termasuk enam 999 Gold Egg dan 60 hadiah Touch ’n Go eWallet bernilai RM100.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved