
BUKIT JALIL: Sorakan penonton mula bergema apabila penyanyi, Aina Abdul mengambil tempat di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40), malam ini, menerusi lagu ciptaannya sendiri, Kamu.
Mempunyai konsep tersendiri, pentas dipenuhi dengan hiasan pentas berbentuk susunan batu menyerupai gunung berapi lengkap barisan pemuzik.
Memulakan persembahan, Aina muncul dari dalam ‘gunung berapi’ sambil menyapa penonton dengan ucapan salam.
Persembahan Kamu turut diserlahkan menerusi lantunan vokal Aina yang turut menutup persembahannya dengan satu lirik daripada lagu Puas Sudah.
Sebelum ini, pengacara, Sissy Iman, mendedahkan bahawa Aina teliti dalam memilih warna busana dan konsep yang akan mengiringi persembahannya di pentas akhir malam ini. -UTUSAN
The post AJL40: Aina Abdul ‘tarik’ penonton ke gunung berapi appeared first on Utusan Malaysia.






