K.O.I Juara AJL40, Aina Abdul Menang Dua Anugerah

LocalMusic
16 Aug 2026 • 12:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Malam kemuncak AJL40 memang penuh kejutan apabila K.O.I akhirnya berdiri sebagai pemenang utama menerusi lagu Tiwikarma di Unifi Arena, Bukit Jalil.

Kemenangan itu menyaksikan K.O.I membawa pulang trofi AJL40 bersama wang tunai RM100,000, sekali gus menewaskan beberapa lagu yang turut memberikan saingan sengit malam tadi.

Tiwikarma raih tempat pertama

Image from: K.O.I Juara AJL40, Aina Abdul Menang Dua Anugerah
Kredit Foto: mStar

Aisha Retno pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua menerusi Tak Adil, lagu ciptaan dan liriknya bersama Radi. Mereka membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000.

Tempat ketiga menjadi milik Reynald Guntabid menerusi Lumangad Oku Dika dengan hadiah RM30,000 bersama trofi AJL40.

Image from: K.O.I Juara AJL40, Aina Abdul Menang Dua Anugerah

Marsha Milan turut meninggalkan kesan menerusi Tangisan Seorang Pendosa apabila dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik. Kemenangan itu hadir bersama trofi dan wang tunai RM12,000.

Aina Abdul menang dua anugerah

Image from: K.O.I Juara AJL40, Aina Abdul Menang Dua Anugerah
Kredit Foto: New Staits Times

Aina Abdul pula antara nama yang paling menyerlah pada malam AJL40 apabila membawa pulang kategori Persembahan Terbaik berserta hadiah RM12,000.

Tidak berhenti di situ, Aina turut memenangi Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee dengan hadiah wang tunai RM50,000.

Pelantun Sadis itu juga bakal mewakili Malaysia di Pertandingan Lagu Eurovision atau Eurovision Song Contest.

The post K.O.I Juara AJL40, Aina Abdul Menang Dua Anugerah appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved