
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tampil memberi penjelasan susulan penularan satu poster di media sosial yang menggunakan identiti visual serta maklumat berkaitan universiti berkenaan.
Individu dipaparkan bukan staf UTM
Menurut UTM dalam satu kenyataan memaklumkan, individu yang dipaparkan dalam poster tular itu bukan staf UTM dan bukan individu yang dinamakan dalam poster asal yang dikeluarkan pihak universiti.
Jelas pihak UTM lagi, mereka memandang serius sebarang manipulasi atau penyalahgunaan bahan komunikasi, logo dan identiti Universiti yang boleh mengelirukan orang ramai serta menjejaskan reputasi staf dan institusi.
UTM juga berhak mengambil tindakan sewajarnya, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab.
Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk menghentikan penyebaran poster yang telah diubah suai tersebut dan hanya merujuk kepada saluran rasmi UTM bagi mendapatkan maklumat yang sahih.
Sebelum ini, tular di media sosial poster memperlihatkan seorang individu tular di media sosial dikatakan kakitangan sebuah universiti.
Tindakan tersebut memberi impak kepada institusi terbabit susulan dakwaan yang dikongsi menerusi poster terbabit.
Sumber: Facebook Universiti Teknologi Malaysia (UTM)






