Peserta terlibat pertandingan songsang amat mendukacitakan – Jakim

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 5:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peserta terlibat pertandingan songsang amat mendukacitakan – Jakim

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil individu yang didakwa menyertai pertandingan Miss Equality World 2026 di Thailand seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, berpandukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri dan agensi berkaitan untuk memanggil individu itu.

“Jakim ingin menegaskan bahawa penglibatan itu amat mendukacitakan serta telah menimbulkan keresahan awam.

“Perlakuan songsang itu jelas bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia selain bercanggah dengan perundangan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Jakim dan pihak berkuasa agama negeri tidak akan berkompromi dengan apa-apa usaha untuk menormalisasikan perlakuan songsang itu.

Sebelum ini, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang individu dipercayai lekaki yang memakai pakaian wanita menyertai pertandingan itu yang mendapat kecaman netizen. – Bernama

The post Peserta terlibat pertandingan songsang amat mendukacitakan – Jakim appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved