‘Akak telekung’ tarikan perbarisan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya.

31 Aug 2026 • 8:31 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Akak telekung’ tarikan perbarisan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya.

PUTRAJAYA: ‘Akak telekung’ antara yang menjadi tarikan orang ramai di perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 di Dataran Putrajaya.

Kontinjen Siti Khadijah memberi kelainan apabila seramai 47 peserta mengenakan telekung dan berkawad sepanjang lima kilometer.

Penampilan unik itu bukan sahaja mencuri perhatian penonton, malah mencetuskan suasana meriah apabila orang ramai tidak melepaskan peluang merakam gelagat peserta berkenaan.

Selain itu, turut kelihatan pelbagai kontinjen sektor ekonomi yang dikenali ramai termasuk Zus Coffee, Munchy’s, Mr. DIY serta CARSOME.

Untuk maklumat, acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2026 dijadualkan berlangsung pada pukul 8 pagi ini.

Acara sambutan itu akan dijayakan lebih 10,819 peserta daripada 76 kontinjen selain melibatkan 22 pasukan pancaragam, 11 kereta berhias serta 328 aset darat, laut serta darat serta 112 ekor haiwan dalam perkhidmatan. – UTUSAN

The post ‘Akak telekung’ tarikan perbarisan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya. appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved