Meriah Hari Merdeka, 12 bayi lahir di Pahang

31 Aug 2026 • 4:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Meriah Hari Merdeka, 12 bayi lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga pukul 9 pagi ini.

Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan enam bayi perempuan direkodkan dilahirkan di beberapa hospital di negeri ini dalam tempoh berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Saiful Azlan Sharif berkata, lima bayi dilahirkan secara normal manakala tujuh lagi menerusi kaedah pembedahan.

“Daripada jumlah tersebut, 10 bayi merupakan bayi Melayu, seorang berketurunan Orang Asal dan seorang lagi bayi bukan warganegara Malaysia.

“Semua bayi dilaporkan berada dalam keadaan sihat di samping ibu masing-masing,”katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, bayi merdeka pertama tahun ini direkodkan dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh pada pukul 12.12 tengah malam.

Sementara itu, katanya Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan mencatatkan jumlah kelahiran bayi merdeka tertinggi iaitu enam orang. Ia diikuti HoSHAS dan Hospital Kuala Lipis yang masing-masing merekodkan dua kelahiran, manakala Hospital Pekan dan Hospital Raub masing-masing mencatatkan seorang bayi. – KOSMO! ONLINE

The post Meriah Hari Merdeka, 12 bayi lahir di Pahang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved