Akhyar Rashid cedera di kepala akibat disamun

2 May 2024 • 11:54 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala apabila disamun malam tadi di Kuala Terengganu.

Akhyar, 25, dikatakan baru turun dari kereta sebelum dipukul dengan senjata dipercayai cota di kepala dan badan oleh suspek yang tidak dikenali.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 9 malam tadi.

Dia dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.


Keadaannya dilaporkan stabil. Media melaporkan suspek merampas dompet dan telefon milik mangsa sebelum melarikan diri.

Sementara itu, menerusi video dan gambar yang tular di media sosial, Akhyar memegang kepalanya yang cedera sambil berkerusi roda ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Susulan itu, rata-rata peminat kebangsaan itu mendoakan semoga Akhyar tidak mengalami kecederaan serius.

Akhyar, pemain kelahiran Kedah kini bermain untuk Terengganu FC selepas dipinjamkan dari Johor Darul Ta'zim (JDT). - 2 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved