Akibat Kahwin Lain, Wanita Nekad Robohkan Rumah Bekas Kekasih

19 Aug 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang wanita di Pati, wilayah Jawa Tengah nekad merobohkan rumah yang dibina bersama bekas kekasihnya selepas lelaki tersebut membatalkan perkahwinan mereka.

Kekasih Kahwin Lain

Memetik laporan Tribunnews, lelaki tersebut juga dikatakan berkahwin dengan wanita lain.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @paiho, sebahagian besar bumbung dan dinding rumah tersebut diruntuhkan.

“Lelaki itu telah berkahwin dengan wanita lain...

Menurut ketua masyarakat setempat, Eko, kejadian berlaku selepas kekasih wanita itu tidak menunaikan janji untuk mengahwininya, malah dia mendirikan rumah tangga dengan gadis lain.

“Lelaki itu telah berkahwin dengan wanita lain. Rumah tersebut kemudiannya diduduki bersama isterinya, tetapi mereka sudah berpindah selepas ia dirobohkan,” kata Eko.

Tambah Eko, dia membenarkan rumah itu dirobohkan dan mendapat persetujuan daripada  kedua-dua pihak

Sumber: Kosmo!/ Tribunnews

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved