Akmal Saleh desak Eric See-To mohon maaf persenda perkataan ‘Lighad'

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 1:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Akmal Saleh desak Eric See-To mohon maaf persenda perkataan ‘Lighad'
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh

SHAH ALAM - Pempengaruh media sosial, Eric See-To didesak memohon maaf secara terbuka susulan tindakannya mempersenda penggunaan perkataan ‘Lighad’.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan memperlekehkan ayat suci al-Quran dalam apa jua keadaan merupakan perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

"Kamu nak berpolitik, itu kamu punya pasal. Tetapi bila ayat al-Quran dipelekehkan sebegini rupa, maka ia adalah tindakan yang melampau.

"Kami desak untuk kamu mohon maaf secara terbuka dan laporan polis juga akan dibuat atas tindakan bodoh kamu ini," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Sabtu.

Isu berkenaan timbul selepas Eric See-To menerusi hantaran di media sosial mempersoalkan penggunaan perkataan ‘Lighad’ dengan menyatakan beliau tidak mengetahui maksud perkataan berkenaan.

Menerusi tangkap layar hantaran itu, pemerhati politik yang mengendalikan akaun menggunakan nama Eric See-To - Lim Sian See memuat naik Surah al-Hashr, ayat 18.

Melalui hantaran itu, Eric menulis: “Yang saya tengok ialah ada ‘Lighad’ yang saya langsung tak tahu apa itu. Tapi tak ada ‘Liwat’ pula.”

Dalam perbentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila beberapa kali menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk 'waad' dan 'lighad'.

Dalam bahasa Arab, ‘waad’ bermaksud janji, manakala ‘lighad’ merujuk kepada hari esok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved