Akmal Saleh Minta Adam Adli Bezakan Maksud Persoalan Dan Pertikaian

LocalPolitics
30 Dec 2024 • 11:58 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh meminta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli membezakan maksud antara persoalan dan pertikaian.

image is not available

Foto: Facebook Akmal Saleh

“Harap saudara Adam Adli boleh bezakan makna antara persoalan dan pertikaian,” katanya menerusi sebuah hantaran di laman Facebook pada Ahad.

Beliau membalas kenyataan Adam yang juga Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meminta menarik balik kenyataan didakwa mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kepada sahabat saya saudara Adam Adli, boleh tak beritahu ayat mana yang saya pertikaikan bidang kuasa pengampunan Agong?” soalnya.

image is not available

Foto: Facebook Adam Adli

Sebelum ini, Adam menggesa Dr Akmal menarik balik kenyataannya yang didakwa mempertikaikan pengampunan diraja yang diberikan kepada Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Menurut Adam, pengurniaan pengampunan tersebut bukanlah keputusan yang dibuat sewenang-wenangnya mengikut desakan politik, sebaliknya dilindungi oleh mekanisme yang telah ditetapkan dalam undang-undang dan perlembagaan.

Sumber: Facebook Akmal Saleh