AKPS Bakal Diberi Akses Bilik Kawalan 5,000 CCTV Di KLIA - Saifuddin

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 5:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

AKPS Bakal Diberi Akses Bilik Kawalan 5,000 CCTV Di KLIA - Saifuddin

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bakal mendapat akses bilik kawalan menempatkan lebih 5,000 unit sistem kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, AKPS akan diberikan autoriti bagi memperkukuh aspek keselamatan di pintu masuk negara itu.

Ia selepas hasil persetujuan dalam perbincangan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

AKPS Bakal Diberi Akses

Jelas Saifuddin, bilik kawalan berkenaan adalah di bawah pengurusan MAHB bagi tujuan pemantauan penumpang di lapangan terbang, namun tidak khusus kepada aspek keselamatan.

"Sebab itu sekarang, kerana AKPS agensi baharu bertanggungjawab mengenai kawalan sempadan, perbincangan sudah saya mulakan dengan MAHB supaya akses terhadap bilik kawalan, sumber maklumat daripada lebih 5,000 CCTV itu bukan saja MAHB yang mengawalnya tetapi juga AKPS turut diberikan autoriti.

"Jadi, AKPS akan melihat dari sudut pandang keselamatan. Ini sudah pun dipersetujui, cuma sekarang di peringkat pentadbiran untuk membolehkan ia beroperasi," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada hari ini.

Baca juga:

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai sejauh mana Pusat Kawalan Imigresen Nasional (NICC) boleh berfungsi untuk memberikan maklumat keselamatan dan risikan supaya langkah pencegahan boleh diambil lebih awal oleh pihak berkuasa.

Tambah Saifuddin, kemudahan CCTV membabitkan kawasan dikenal pasti sebagai titik buta di KLIA akan ditambah AKPS.

"Jadi, NICC terhad kepada proses melepasi kawalan pemeriksaan masuk dan keluar tapi yang lebih lengkap sebenarnya adalah di bawah MAHB," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved