Kontroversi KP AKPS: AGC teliti aspek keterangan saksi, rakaman CCTV

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 4:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kontroversi KP AKPS: AGC teliti aspek keterangan saksi, rakaman CCTV
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR - Keterangan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) antara aspek siasatan yang akan diteliti Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kontroversi membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, kertas siasatan kes itu sudah diterima pihaknya pada Selasa.

"Pihak jabatan akan meneliti pelbagai aspek siasatan termasuklah keterangan saksi, rakaman CCTV sebelum memutuskan tindakan lanjut.

"Orang ramai digesa tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail bahawa kertas itu akan dirujuk kepada AGC untuk penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya, selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum itu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan kerajaan susulan insiden video tular di KLIA pada 28 September lepas.

Berikutan itu, polis sudah merakam percakapan seramai 25 orang saksi terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, pegawai AKPS, anggota polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pekerja sistem pengendalian bagasi, pegawai perubatan serta saksi bebas.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved