PARLIMEN: AKPS perlu akses bilik kawalan 5,000 CCTV di KLIA

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 12:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PARLIMEN: AKPS perlu akses bilik kawalan 5,000 CCTV di KLIA

KUALA LUMPUR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) perlu diberikan autoriti untuk mengakses bilik kawalan yang menempatkan lebih 5,000 unit sistem kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan serta persetujuan berhubung perkara itu sudah dicapai antara AKPS dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Beliau berkata, perkara itu kini berada di peringkat pengurusan bagi membolehkan AKPS melaksanakan fungsi dari sudut keselamatan dengan lebih menyeluruh.

“Fasa kedua nanti, AKPS akan melengkapkan CCTV tambahan kepada 5,000 (unit) yang sekarang ini dimiliki oleh MAHB. Jadi, di mana AKPS akan tambah? Di kawasan yang kita tandakan sebagai blind spot (titik buta),” katanya di Dewan Rakyat hari ini..

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai fungsi Sistem Imigresen Bersepadu nasional (NICC) supaya langkah pencegahan lebih awal boleh diambil lebih oleh pihak berkuasa di lapangan terbang.

Saifuddin berkata, ketika ini, bilik kawalan Jabatan Imigresen lebih tertumpu kepada proses pemeriksaan keluar dan masuk penumpang, termasuk pemantauan CCTV di kawasan kaunter pemeriksaan.

“Jabatan Imigresen di bawah kawalannya adalah pusat kawalan. Jadi fokus Jabatan Imigresen ini adalah bagi pemeriksaan kaunter, masuk atau keluar, yang dipasang CCTV. Di situlah menjadi sumber maklumat yang diawasi oleh imigresen,” katanya.

Beliau berkata, kawalan CCTV yang lebih menyeluruh di KLIA 1 dan KLIA 2 berada di bawah MAHB yang mempunyai lebih 5,000 CCTV serta bilik kawalannya sendiri. – UTUSAN

The post PARLIMEN: AKPS perlu akses bilik kawalan 5,000 CCTV di KLIA appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved