AGC teliti kertas siasatan kes Mohd. Shuhaily, kaji CCTV

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 6:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: AGC teliti kertas siasatan kes Mohd. Shuhaily, kaji CCTV

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan telah menerima kertas siasatan berhubung kes Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dalam satu insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata bagaimanapun pihaknya memerlukan masa untuk meneliti sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

“Saya terima kertas siasatan petang tadi, banyak perkara yang perlu kita teliti. Takkanlah saya tengok (kertas siasatan), boleh buat keputusan.
“Kita akan buat penelitian secara menyeluruh sebelum tindakan lanjut diambil berhubung kes itu. Berapa lama masa yang diambil, saya tidak boleh sahkan,” ujarnya ketika dihubungi media hari ini.

Tambah beliau banyak perlu dikaji dan dipertimbangkan termasuk keterangan saksi serta televisyen litar tertutup (CCTV).

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail dilaporkan berkata, polis telah mengambil keterangan 25 saksi, termasuk anggota polis dan kakitangan AKPS, polis bantuan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pengendali bagasi, pegawai perubatan serta orang awam.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman CCTV memaparkan Mohd. Shuhaily, dalam satu insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Susulan penularan video berkenaan, Mohd. Shuhaily tampil memberikan penjelasan bahawa kejadian berlaku ketika beliau bersama pasukan menjalankan pemeriksaan kesiapsiagaan operasi AKPS di KLIA sempena acara Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026.

Beliau dilaporkan berkata, pemeriksaan itu turut disusuli operasi penguatkuasaan terhadap individu warga asing yang disyaki terbabit dalam kegiatan ‘ulat’.

Dalam perkembangan sama, Mohd Shuhaily berkata, beliau menyerahkan kepada kerajaan berhubung apa juga keputusan susulan insiden berkenaan.- KOSMO! ONLINE

The post AGC teliti kertas siasatan kes Mohd. Shuhaily, kaji CCTV appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved