Aksi 6 Lelaki Berparang Di Bangladesh Kejar Kereta Pada Lewat Malam Buat Ramai Seriau [Video]

8 May 2025 • 2:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pengguna jalan raya sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu dan mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan.

Bukan hanya itu, kita juga sering dinasihatkan untuk peka dan cakna terhadap keadaan sekeliling memandangkan banyak kejadian tidak diingini boleh berlaku.

Sebagai contoh kita juga sering melihat beberapa kejadian samun yang berlaku ketika di tengah jalan, terdapat individu tidak bertanggungjawab cuba menipu dengan berpura-pura dilanggar serta banyak lagi.

Tular sekumpulan lelaki pegang parang kejar sebuah kenderaan ketika lalui jalan gelap

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang mengejar sebuah kenderaan pada waktu malam sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video dashcam berkenaan, awalnya kelihatan pemandu menyusuri sebatang jalan yang gelap.

Tidak lama kemudian kedengaran dia membunyikan hon, dan kelihatan seorang individu berada di tepi jalan dan laluan itu seperti telah ditutup dengan sebatang kayu besar.

Apa yang lebih menakutkan, individu yang berada di tepi jalan terbabit turut memegang satu senjata dipercayai parang.

Melihat perkara itu, pemandu kemudian mengundurkan kenderaannya dengan segera dan kelihatan lelaki terbabit mengejar kenderaan berkenaan.

Tidak semena-mena muncul beberapa lagi individu dari sebalik semak di bahu jalan turut mengejar kenderaan pemilik dashcam menggunakan parang.

Ketuk badan kenderaan ketika lintas hadapan lelaki bawa parang

Malah kedengaran mereka turut mengetuk bahagian kenderaan ketika ia sedang mengundur.

Dalam video berkenaan kelihatan pemandu tidak berhenti dan terus berundur.

Di akhir video, terdapat individu yang membaling sesuatu objek kearah kereta itu sewaktu cubaannya menyelamatkan diri.

Ramai bimbang dan minta orang ramai berhati-hati, bukan kejadian di Malaysia

Melihat di ruangan balas, ramai yang bimbang dengan keadaan tersebut dan saling mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati jika memandu berseorangan khususnya wanita.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan mereka tidak tahu apa perkara yang dilakukan jika berdepan dengan situasi tersebut.

Ada juga yang bertanya di manakah insiden itu berlaku sebelum ada yang memaklumkan kejadian sebenarnya di Bangladesh.

Semakan kami berdasarkan maklumat pada dashcam mendapati insiden berlaku berhampiran sebuah lebuh raya di Bangladesh.

image is not available

Polis tahan 5 individu terlibat, rupanya geng samun

Memetik laporan TBS News, kumpulan yang terdiri daripada lima individu dari Bangladesh itu bagaimanapun telah ditahan polis pada 6 Mei untuk siasatan lanjut.

Menurut polis Mushiganj, Superintenden Shamsul Alam Sarkar seramai enam individu yang terlibat dalam rompakan berkenaan.

“Mereka yang ditahan mengaku terbabit dalam insiden berkenaan. Mereka yang ditahan merupakan ahli kumpulan samun di antara daerah terbabit. Pemfailan kes sedang dilakukan mengenai insiden yang berlaku dan sedang berusaha menahan seorang lagi individu yang melarikan diri,” kata Shamsul Alam dalam satu sidang media.

Meskipun sudah disahkan berlaku di Bangladesh namun penularan video terbabit membuatkan ramai netizen takut serta berharap ia tidak akan berlaku di Malaysia.

Berikut merupakan komen netizen:

“Ini di Bangladesh”

image is not available

“Dah ni macam geng tawuran di Indonesia, memang macam adat di sana dalam skala ramai macam dalam video ni pergaduhan atau rompakan bawa parang libas-melibas orang..”

image is not available

“Kalau macam ni lelaki pun kena hati-hati”

image is not available

“Menakutkannya orang macam ni”

image is not available

Source: