Korang Nak Bela Kucing? Jom Semak Korang Ada Ke ‘Pawrent’ Material

8 May 2025 • 6:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan orang ramai.

Malah kita juga sering melihat pelbagai gelagat si comel ini di beberapa platform media sosial seperti Instagram, TikTok, Facebook dan banyak lagi.

Melihat keletah mereka secara tidak langsung membuatkan korang ingin membelanya. Namun sejauh manakah korang bersedia untuk menjadi ibu ayah kepada si meow ni?

Ia bukan sekadar peneman tetapi mereka juga mempunyai pelbagai ragam antaranya menganggu waktu tidur korang, tinggalkan gumpalan bulu, malah adakalanya suka membuat korang seperti orang asing. Walhal koranglah yang selalu bagi dia makan siap wetpud (wetfood / makanan basah) 🙄

Salah seorang daripada team kami yang memelihara sekitar 40 ekor kucing (mungkin bertambah lagi gais) telah membuat satu senarai yang sejujurnya menunjukkan adakah betul korang ni parent material pada si comel.

#1 Challenge ‘Guni Beras’

image is not available
Foto: AI/Canva/ TRP

Untuk makluman korang, seekor kucing dewasa kebiasaannya mempunyai berat secara purata sekitar tiga hingga empat kilogram (kg).

Manakala seekor kucing yang sihat berusia sekitar satu hingga dua tahun pula berpotensi mempunyai berat sekitar 5-6kg.

Satu perkara mengenai si comel yang dibela di dalam rumah mereka sangat menitikberatkan waktu makan seperti sarapan dan yang lain-lain.

Jika korang mempunyai pasangan atau rakan serumah, cuba minta mereka untuk letakkan 5 kg beg beras dekat korang pada waktu pagi ketika korang masih lagi dibuai mimpi.

Ini kerana, ia adalah keadaan sebenar apabila korang mempunyai kucing. Malah mereka berbunyi dahulu sebelum alarm berbunyi di waktu pagi menandakan mereka sudah lapar dan mahukan ‘breakfast’ dari mummy dan daddy!

Bukan hanya itu, mereka juga akan menghampiri korang atau berbaring di atas perut untuk memastikan yang korang ni masih hidup selain memberi signal ‘it’s my meal time’.

#2 Ujian suasana kelam-kabut pada jam 3 pagi

image is not available
Foto: Pexels

Teknologi merupakan rakan baik korang untuk cabaran ini. Korang hanya perlu menetapkan peranti atau telefon bimbit untuk pembesar suara pada jam 3 pagi dengan muzik rock.

Apakah tujuannya?

Ini kerana, kebiasaannya kucing akan tidur pada waktu siang dan aktif di waktu malam atau tengah malam. Maka korang sebagai pemilik perlu bersedia untuk bangun dari tidur yang lena daripada bunyi asing seperti barangan pecah, terhempas, jatuh dan sebagainya.

Namun tak semua kucing suka membuat perangai kelam-kabut namun cabaran ini membantu mental anda untuk bersedia sekiranya ia berlaku.

#3 Ujian televisyen dihalang oleh si comel

image is not available
Foto: Pexels

Tak dinafikan adakalanya apabila ada waktu yang terluang kita suka untuk mengisinya dengan menonton televisyen.

Namun bagi korang yang ada atau bakal memiliki kucing mungkin ketenangan menonton televisyen tidak lagi sama seperti sebelumnya kerana si bulus suka untuk duduk di hadapannya.

Khususnya jika ada perkara yang menarik perhatian seperti mainan, perhiasan, atau sesuatu bergerak di sekitar kawasan televisyen dan membuatkan mereka menghalang pemandangan anda untuk menonton tv.

Namun perkara ini mungkin boleh dielakkan dengan mengantung televisyen pada dinding. Selain tertarik dengan mainan atau benda yang berada di televisyen berkenaan, si comel ini juga ingin mengingatkan korang untuk meluangkan masa bersama mereka.

Jadi tujuan menghalang di hadapan televisyen adalah daripada korang tengok tv adalah lebih baik melayani mereka 😏

#4 Ujian: mencakar pada barangan rumah

image is not available
Foto: Pexels

Kucing sememangnya secara semulajadi mempunyai tingkah laku suka mencakar. Bagi korang yang ingin membela si bulus ini adakah korang bersedia dengan perkara ini?

Mungkin sukar untuk membayangkannya memandangkan belum lagi mempunyai si comel di rumah.

Jadi apa yang boleh dilakukan adalah ambil garfu dan cakar pada sofa dan bagaimanakah rasanya melihat cakaran pada perabot kesayangan korang? Adakah korang merasa sedih mengenainya? Atau tidak tahan?

Ini adalah perasaan yang bakal korang rasakan dan ujian cakaran ini adalah cara terbaik untuk mengetahui sama ada korang begitu menyayangi kucing atau lebih menyayangi perabot.

Korang juga boleh mencurahkan ke atas katil, permaidani dan rasai bagaiman rasanya jika ia basah disebabkan kucing.

Ini kerana, kucing adakalanya mempunyai sikap seperti kencing di atas perabot sekiranya mereka mempunyai bekas yang bersih dan bagus untuk melepaskan hajat mereka.

Namun adakalanya kemalangan boleh berlaku tanpa kita sedari.

P/s: Biasanya ibu ayah si bulus ni akan beli apa sahaja perabot ‘anti-scratch’ dan segala anti supaya masalah macam ni tidak berlaku dan memudahkan mereka untuk membuat pembersihan.

#5 Ujian: barangan fabrik dan segala peralatan dipenuhi bulu

image is not available
Foto: Pexels

Jika korang ingin memiliki kucing perkara yang penting untuk dipertimbangkan adakah korang ready untuk lihat serpihan bulu di merata tempat?

Ini kerana, kucing juga seperti manusia di mana bulu mereka juga akan gugur terutama jika terlalu stress, mempunyai kutu dan sebagainya.

Malah bulu-bulu mereka juga akan melekat pada beberapa kawasan khusunya bagi material kain seperti baju. Untuk memelihara kucing korang perlu bayangkan diri sendiri akan sentiasa mempunyai pelekat seperti ‘lint roller’ untuk menanggalkan bulu-bulu yang ada pada baju.

Nota penting, korang mungkin akan buat perkara ini setiap hari pada setiap baju yang dah dipakai.

Jika korang rasa seronok dan boleh melakukan perkara ini maka mungkin boleh pertimbangkan untuk memiliki si comel.

Cabaran ini mungkin kedengaran sedikit ekstrem namun si comel yang ingin dipelihara ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar.

Ia bukan sekadar memberi makan dan bermain sahaja sebaliknya korang perlu sentiasa memastikan persekitaran bersih, kesihatan dijaga dengan rapi, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dan banyak lagi.

Ini kerana mereka juga seperti kita yang mahukan ‘rumah’ untuk berlindung dan bermanja. Meskipun ada yang mengelar korang ‘bibik’ tapi korang juga adalah wira di mata si bulus.