Aksi Pemanduan Berbahaya Dirakam, Cetuskan Nahas Babit 4 Kenderaan

LocalCars
22 Oct 2026 • 5:54 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Aksi Pemanduan Berbahaya Dirakam, Cetuskan Nahas Babit 4 Kenderaan

KUALA PILAH - Tindakan seorang pemandu yang didakwa memandu secara berbahaya sebelum terbabit dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Tanjung Ipoh, mencetuskan perhatian selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Video berdurasi 58 saat yang mula tersebar pagi tadi memaparkan sebuah Honda City dipandu secara tidak terkawal sebelum merempuh sebuah motosikal hingga menyebabkan penunggangnya tercampak ke atas jalan.

Pemandu kereta itu kemudian dilihat beredar dari lokasi sebelum kenderaannya memasuki laluan bertentangan dan hampir terbabas ke kawasan semak di tepi jalan.

Insiden tersebut dipercayai berlanjutan apabila rakaman lain menunjukkan Honda City berkenaan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Proton Exora dan sebuah lagi motosikal.

Seorang lelaki yang dipercayai pemandu Honda City itu turut kelihatan terbaring di atas jalan, dipercayai mengalami kecederaan.

Setakat ini, keadaan individu yang terlibat serta butiran lengkap kejadian masih belum diperoleh.

Polis dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu. - Getaran, 22 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved