Lelaki pandu Porsche Cayanne secara berbahaya dipenjara lima hari, denda RM10,000

LocalCars
22 Oct 2026 • 7:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki pandu Porsche Cayanne secara berbahaya dipenjara lima hari, denda RM10,000
Seorang pemandu Porsche Cayanne dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis selepas mengaku bersalah memandu kereta mewah itu secara berbahaya di lebuh raya berhampiran Bandar Kinrara yang tular di media sosial. Foto hiasan

PETALING JAYA - Seorang pemandu Porsche Cayanne dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah memandu kereta mewah itu secara berbahaya di lebuh raya berhampiran Bandar Kinrara yang tular di media sosial.

Majistret Nur Natasya Mohtaruddin yang menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Woo Hong Jiang, 56, memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini, selain hilang kelayakan lesen memandu selama lima tahun serta dipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda.

Lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa memandu secara berbahaya kepada dirinya dan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Puchong Bypass menghala ke Bukit Jalil, Serdang pada jam 2.14 petang, 18 Oktober lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000.

Timbalan Pendakwa Raya Adriana Maisarah Mohd Farid memohon hukuman berat dengan mengambil kira rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan tertuduh seorang pembuli jalan raya kerana memandu secara berbahaya dan tindakannya boleh menyebabkan kemalangan, selain kes itu telah tular.

"Tertuduh wajar dikenakan hukuman denda tinggi dan penjara melebihi tempoh minimum supaya memberi pengajaran kepadanya dan orang awam agar tidak mengulangi kesalahan sama," katanya. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved