Aksi Syed Saddiq Hulur ‘Sesuatu’ Di Parlimen Curi Tumpuan, Netizen Mula Berteka-Teki – “Nampak Macam Sampul Kad Kahwin”

LocalPolitics
20 Jan 2026 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang dilihat seolah-olah menghulurkan kad jemputan perkahwinan ketika sidang pertama Parlimen baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Perkara itu menjadi bualan selepas seorang pengguna Threads memuat naik kenyataan berbunyi:

Advertisement

“Ada org dh ketar ketir tgk yb bg kad dkt parlimen. Hehe. Tu la ms ada xnk hargaii. Dh keluar dh ayat2 sedih diaaa.”

image is not available

Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian warganet, dengan ramai mentafsirkan situasi berkenaan sebagai sindiran halus terhadap pihak tertentu yang sebelum ini didakwa tidak menghargai ketika masih bersama.

Isu itu turut dikaitkan dengan kekecohan sebelum ini membabitkan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, khususnya apabila bekas suami kepada Bella itu ada memuat naik video meluahkan kerinduan terhadap anak-anak sehingga mengundang kecaman netizen.

Ketika itu, ramai warganet menegur bahawa luahan sedih di media sosial tidak memadai tanpa usaha sebenar untuk bertemu anak-anak, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam ruang komen.

Susulan aksi Syed Saddiq di Parlimen Malaysia itu, ada netizen beranggapan ‘ayat-ayat sedih’ yang sebelum ini tular kembali diperkatakan selepas melihat situasi terkini, malah ada yang menyifatkannya sebagai bukti bahawa keadaan sudah berubah.

Walaupun tiada sebarang pengesahan rasmi mengenai maksud sebenar kad yang dihulurkan itu, situasi berkenaan jelas mencetuskan spekulasi dan perbincangan meluas dalam kalangan pengguna media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-17 12:39:14

"Syed Saddiq Kini Bersama Seorang Wanita Hebat Dan Juga Adik Saya, Bella Astillah" - Space Dollah

The post Aksi Syed Saddiq Hulur ‘Sesuatu’ Di Parlimen Curi Tumpuan, Netizen Mula Berteka-Teki – “Nampak Macam Sampul Kad Kahwin” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article