“Postcard? Kad Kahwin?” – Syed Saddiq Dilihat Edar ‘Envelope’ Putih Di Parlimen?

LocalPolitics
20 Jan 2026 • 11:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilihat menghulurkan satu sampul putih  ketika sidang pertama Parlimen baru-baru ini mencuri perhatian ramai dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen bersepkulasi bahawa sampul putih itu berisi kad jemputan perkahwinan.

 

View this post on Instagram

 

Momen tersebut tular selepas satu rakaman pendek dimuat naik di media sosial, memaparkan Syed Saddiq membuat satu isyarat ketika berada di Dewan Rakyat.

Situasi itu pantas mengundang pelbagai tafsiran, dengan ada warganet menganggap ia sekadar aksi spontan, manakala sebahagian lain melihatnya sebagai satu sindiran halus yang mempunyai maksud tersirat.

image is not available

Biarpun tiada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak terlibat mengenai maksud sebenar kad yang dihulurkan itu, momen berkenaan tetap mengundang perhatian ramai sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.