Aksi ‘wheelie’ bawa padah, empat remaja ditahan

23 Aug 2026 • 4:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Aksi ‘wheelie’ bawa padah, empat remaja ditahan

SEREMBAN – Empat remaja berusia 15 dan 16 tahun ditahan selepas dikesan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan motosikal atau ‘wheelie’ dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Dataran Centrio, Seremban 2, awal pagi tadi.

Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, kesemua remaja terbabit ditahan dalam operasi bermula pukul 12.01 tengah malam hingga 5 pagi, mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mereka dikesan melakukan aksi berbahaya yang boleh mengancam keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain. Dalam operasi itu, 51 kenderaan diperiksa dan 257 saman PDRM dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“JPJ turut mengeluarkan 52 Notis PG1 serta tiga Notis Arah Periksa, manakala Jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan terhadap sembilan kesalahan berkaitan ekzos bising,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, sebanyak lapan kenderaan turut disita, membabitkan tujuh motosikal dan sebuah kereta atas pelbagai kesalahan. – KOSMO! ONLINE

The post Aksi ‘wheelie’ bawa padah, empat remaja ditahan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved