Aktivis direman dua hari bantu siasatan kes ugutan

19 Jul 2026 • 11:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Aktivis direman dua hari bantu siasatan kes ugutan
Suspek (berbaju coklat) dibawa polis ke mahkamah untuk permohonan reman.
Image from: Aktivis direman dua hari bantu siasatan kes ugutan
Perintah reman terhadap suspek (berbaju coklat) dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Naeilah Nikrul Tarmizi di Mahkamah Majistret pada Ahad.

SEREMBAN - Seorang aktivis direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan menerusi media sosial Mac lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Naeilah Nikrul Tarmizi di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, permohonan reman yang bermula 19 Julai hingga 20 Julai itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

"Suspek ditahan bagi membolehkan siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

**media[3587331]**

Terdahulu suspek tiba di mahkamah pada jam 9.40 pagi dengan dibawa polis menaiki van.

Sebelum ini media melaporkan suspek yang didakwa melarikan diri ke luar negara berhubung kes ugutan menerusi Facebook akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Port Dickson pada Sabtu.

Suspek telah menyerah diri sekitar jam 12.45 tengah hari dan siasatan terhadapnya bermula selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berketurunan India pada 10 Mac lalu yang mendakwa telah diugut oleh suspek di Facebook.

Usaha mengesan suspek telah dijalankan di sekitar Kajang, Selangor, namun siasatan mendapati lelaki itu dipercayai telah melarikan diri ke Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam pada 9 Mac lalu.

Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek berada di Thailand selama lebih empat bulan sebelum kembali ke negara ini melalui laluan tidak sah di sempadan Kelantan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved