Aktiviti gempa bumi di Sabah dipantau berterusan

LocalEnvironment
27 Sep 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aktiviti gempa bumi di Sabah dipantau berterusan

PETALING JAYA:  Aktiviti gempa bumi di Sabah akan dipantau secara berterusan selama 24 jam sehari menerusi 28 stesen seismik yang beroperasi di seluruh negeri berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd. Anip berkata, langkah itu susulan kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 yang berlaku di Kuamut, Kinabatangan pada pukul 5.32 pagi, semalam.

“Antara stesen seismik yang berhampiran dengan lokasi kejadian ialah Sapulut (57.23 km), Keningau (66.51 km), Sandakan/Telupid (74.36 km), Matupang (76.67 km) dan Tenom (93.32 km),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Met Malaysia berupaya mengesan dan menganalisis kejadian gempa bumi dengan pantas dengan maklumat gempa disalurkan dalam tempoh enam minit selepas dikesan tertakluk kepada kesediaan data.

“Sehingga kini masih belum ada teknologi yang mampu meramal kejadian gempa bumi. Gempa bumi tidak boleh diramal dari segi masa, lokasi dan magnitud sebelum berlaku. 

“Stesen seismik berfungsi mengesan serta menentukan magnitud gempa bumi selepas kejadian berlaku,” katanya.

Menurut beliau, ancaman tsunami pula boleh dinilai berdasarkan magnitud gempa bumi dan data pemantauan berkaitan dan sekiranya terdapat potensi ancaman tersebut, pihaknya akan mengeluarkan maklumat serta amaran berkaitan dengan segera.

Mengulas lanjut mengenai cadangan pemasangan stesen atau sensor seismik tambahan, beliau berkata langkah itu boleh memperkukuh liputan dan keupayaan pemantauan setempat namun ia tidak bermaksud gempa bumi dapat diramal lebih awal.

“Met Malaysia akan terus memantau aktiviti seismik di Sabah dan menyalurkan maklumat yang pantas, tepat serta sahih kepada orang awam dan agensi berkaitan. –UTUSAN

The post Aktiviti gempa bumi di Sabah dipantau berterusan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved