Aktiviti selam skuba bertukar tragedi, pelancong India lemas di Pulau Tioman

12 Sep 2026 • 8:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Aktiviti selam skuba bertukar tragedi, pelancong India lemas di Pulau Tioman

SHAH ALAM, 12 SEPT: Aktiviti selam skuba bersama keluarga di Pulau Tioman bertukar tragedi apabila seorang pelancong wanita warga India ditemukan lemas selepas terjatuh dari bot, hari ini.

Mangsa, Sabiya Shiek, 65, dipercayai tergelincir ketika menaiki tangga bot selepas selesai menyertai aktiviti Discover Scuba Diving berhampiran Pulau Renggis, kira-kira jam 9.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa ketika itu bersama enam ahli keluarga dan dua jurulatih selam skuba.

“Selepas selesai melakukan aktiviti itu, mangsa memaklumkan kepada jurulatih untuk kembali ke atas bot.

“Ketika memanjat tangga bot sambil dibantu seorang anak perempuannya menanggalkan peralatan selam skuba, mangsa tergelincir sebelum terjatuh ke laut dan tenggelam,” katanya seperti dilapor BH Online.

Beliau berkata, kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada seorang jurulatih sebelum usaha mencari dan menyelamat mangsa dilakukan.

“Mangsa ditemukan di dasar laut dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Tekek.

“Bagaimanapun, pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, Sabiya yang berasal dari Tamil Nadu, India, tiba di Pulau Tioman bersama keluarganya semalam untuk bercuti selama empat hari.

Katanya, mangsa tidak mempunyai lesen selam skuba namun menyertai aktiviti Discover Scuba Diving yang diiringi jurulatih.

“Lokasi kejadian mempunyai kedalaman dasar laut dianggarkan tujuh meter,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk proses bedah siasat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved