Warga India lemas selepas tergelincir dari bot di Pulau Tioman

12 Sep 2026 • 10:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Warga India lemas selepas tergelincir dari bot di Pulau Tioman

Wanita warga India, 65, lemas selepas tergelincir dan jatuh ke laut ketika hendak naik semula ke bot selepas aktiviti selam skuba di Pulau Tioman.

KUANTAN: Seorang wanita warga India ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika menyertai aktiviti selam skuba di kawasan perairan Renggis, Pulau Tioman, Rompin hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata pihaknya menerima panggilan daripada Klinik Kesihatan Tekek mengenai kejadian lemas melibatkan mangsa, Sabiya Shiek, 65, kira-kira 10 pagi tadi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa telah menjalankan aktiviti discovery scuba diving bersama enam ahli keluarga, dua jurulatih dan seorang dive master.

“Selepas aktiviti itu mangsa telah memberitahu jurulatih untuk balik ke bot dan kemudiannya dihantar ke bot.

“Bagaimanapun, setelah anak mangsa membantunya menanggalkan peralatan selaman dan Sabiya hendak memanjat tangga bot, wanita itu dipercayai telah tergelincir sebelum jatuh semula ke dalam laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata usaha mencari telah dilakukan oleh jurulatih sebelum mangsa ditemukan kira-kira 15 minit selepas itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terdampar di dasar berpasir tidak jauh dari kawasan selaman.

Mangsa seterusnya dibawa ke Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Sharif Shai berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved