“Aku bagi kau zakat, pergi London, tunaikan umrah” – Aliff Syukri Jijik Tengok Video Maaf Melati, Dakwa Tak Ikhlas

5 Jul 2024 • 3:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berkeras untuk tidak mahu memaafkan bekas pembantu peribadinya iaitu Melati dan tetap dengan pendirian untuk mengheret wanita itu ke penjara atas fitnah yang dilakukan terhadapnya.

Katanya, dia tidak nampak sebarang keikhlasan pada diri Melati dalam membuat permohonan maaf dan dia rasakan tangisan Melati itu di mahkamah hanyalah lakonan semata-mata.

image is not available

“Dia bercakap tentang saya, keluarga dan keturunan saya. Perkara itu membuatkan perniagaan saya jatuh sehingga rugi jutaan ringgit.”

“Lepas itu nak minta berbaik, makcik minta maaf pun tak ikhlas! Tengok balik video tu, saya tengok pun jijik!”

Dalam pada itu, Aliiff Syukri juga menemplak sikap Melatih yang tidak menjaga pertuturan dan megah untuk berlawan.

“Ni masalah mulut yang tak reti jaga sehingga perkara itu ke mahkamah, tapi sebelum diisytiharkan kalah dia megah melawan! Apabila dah kalah pandai pula menangis.”

Menurut mStar Online, dia kecewa dengan sikap Melati yang membuka aibnya selepas berhenti bekerja.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.