“Manis Di Bibir Memutar Kata” – Hantaran Terbaru Ibu Syida Melvin Undang Perhatian

EntertainmentLifestyle
14 Apr 2026 • 7:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di saat isu rumah tangga masih hangat diperkatakan, satu hantaran di media sosial mencuri perhatian ramai.

Kali ini, ibu kepada Syida Melvin pula tampil berkongsi petikan lirik lagu sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen.

“Manis di bibir, memutar kata” – Ibu Syida Melvin

Menerusi perkongsian tersebut, ibu Syida juga memberikan kata-kata semangat buat anaknya yang kini dalam proses bercerai dengan suami.

syida melvin

Sebelum ini, Oh! Media melaporkan bahawa Syida yang merupakan adik kepada Syatilla Melvin telah memfailkan penceraian terhadap suaminya sejak Disember tahun lalu dan kes tersebut kini masih dalam prosiding mahkamah. 

syida melvin

Malah, usaha untuk berdamai juga pernah dilakukan namun tidak berjaya, sekali gus membuatkan pempengaruh itu nekad untuk meneruskan penceraian tersebut. 

Pssttt! Dalam situasi seperti ini, sokongan keluarga memang sangat penting, lebih-lebih lagi bila berdepan ujian besar dalam hidup. Apa pun yang berlaku, semoga semua pihak dapat menyelesaikan isu dengan baik dan menjaga kebajikan anak-anak yang terlibat.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Manis Di Bibir Memutar Kata” – Hantaran Terbaru Ibu Syida Melvin Undang Perhatian appeared first on Oh! Media.