Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Rapid KL menerusi satu hantaran hari ini (26 November) memaklumkan bahawa tren Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan berikutan gangguan bekalan kuasa landasan di Stesen Subang Jaya, Glenmarie, Ara Damansara dan Lembah Subang.
Sehubungan itu, Rapid KL telah menyediakan beberapa perkhidmatan altenatif dan bas perantara secara percuma bagi membantu penumpang meneruskan perjalanan masing-masing.
View on Threads
Rapid KL Sedang Jalankan Kerja Pemeriksaan & Baik Pulih
Dalam perkembangan terbaharu, pasukan teknikal sedang giat melakukan kerja-kerja pemeriksaan dan baik pulih di kawasan landasan berhampiran Stesen Ara Damansara bagi memastikan perkhidmatan tren dapat dipulihkan dengan selamat.
Rapid KL menasihati penumpang untuk menggunakan laluan alternatif termasuk yang menggunakan laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Shah Alam, Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya atau mendapatkan pengangkutan alternatif lain bagi meneruskan perjalanan.
View on Threads
Penumpang Kecewa LRT Lewat Lagi, Dah Pernah Dapat Surat Amaran Dari Bos Sebab Datang Kerja Lambat
Bagaimanapun seperti yang disangka, platform media sosial khususnya di Threads dibanjiri dengan keluhan dan kemarahan para penumpang khususnya golongan yang sedang bergegas untuk sampai ke tempat kerja.
Seorang pengguna Threads berkata dia telah pun mendapat surat amaran daripada syarikatnya kerana kerap datang lewat akibat gangguan tren.
“Seriuslah LRT Laluan Kelana Jaya? Pagi-pagi nak pergi ke kerja macam ni? Saya dah dapat surat amaran dah sebab selalu sampai pejabat lambat. Ni tak adil.
“Seriuslah LRT Rapid KL, kau sangat-sangat la tak rapid. Benci betul sebab tunggu berjam-jam padahal saya naik tren seawal 7.15 pagi!” katanya.
View on Threads
“Nak Pergi Kerja Pun Dah Macam Masuk Hunger Games” – Penumpang LRT
Malah ada yang berseloroh dengan berkata situasi orang ramai yang sedang bersesak itu seolah-olah seperti filem Hunger Games yang mana setiap individu perlu berada dalam mod kelangsungan hidup.
“Semangat Tapi saya dah berserah bila sampai Lembah Subang. Situasi tren ni sangat gila. Waktu ini, memang kena masuk survival mode. Nak pergi kerja pun dah macam masuk Hunger Games,” kata seorang lelaki.
View on Threads
Penumpang Stres Kena ‘Labur’ Duit Naik Grab Ke Tempat Kerja Kerana Tren Alami Kelewatan
Kelewatan tren dan kesesakan di platform stesen menyebabkan ramai penumpang terpaksa beralih kepada perkhidmatan e-hailing kerana bimbang terlewat tiba di pejabat.
Bukan sahaja sudah mengambil masa, malah terpaksa mengeluarkan duit extra berpuluh-puluh ringgit untuk menampung kos pengangkutan.
“Hujung bulan ni, duit tengah sesak, tiba-tiba LRT Subang rosak. Grab RM50–70, shuttle bas percuma kena tunggu 30 minit, jalan sesak, kerja (masuk) pukul 9AM. Syarikat pula tak kasi kerja dari rumah (WFH). Weh aku nak pergi kerja je,” kata seorang wanita.
View on Threads
Berikut antara aduan-aduan penumpang lain:
![Image from: “Aku Dapat Warning Letter Sebab Selalu Lambat” – Ramai Mengeluh LRT Laluan Kelana Jaya Buat Hal Lagi [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/gangguan-LRT-Kelana-Jaya.jpeg)
![Image from: “Aku Dapat Warning Letter Sebab Selalu Lambat” – Ramai Mengeluh LRT Laluan Kelana Jaya Buat Hal Lagi [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/gangguan-LRT-Kelana-Jaya-2.jpeg)
![Image from: “Aku Dapat Warning Letter Sebab Selalu Lambat” – Ramai Mengeluh LRT Laluan Kelana Jaya Buat Hal Lagi [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/gangguan-LRT-Kelana-Jaya-3.jpeg)
![Image from: “Aku Dapat Warning Letter Sebab Selalu Lambat” – Ramai Mengeluh LRT Laluan Kelana Jaya Buat Hal Lagi [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/gangguan-LRT-Kelana-Jaya-4.jpeg)
![Image from: “Aku Dapat Warning Letter Sebab Selalu Lambat” – Ramai Mengeluh LRT Laluan Kelana Jaya Buat Hal Lagi [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/gangguan-LRT-Kelana-Jaya-5.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa LRT Laluan Kelana Jaya Berdepan Gangguan? Ini Penjelasan CEO Rapid Rail
Baca Artikel Berkaitan: Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya Siap Buat Group WhatsApp, Kongsi Update Pantas Jika Tren Buat Hal
Baca Artikel Berkaitan: LRT Laluan Kelana Jaya Sekali Lagi Alami Gangguan, Ramai Tersangkut Nak Ke Tempat Kerja [Video]





![[VIDEO] Ramai terkandas, LRT Laluan Kelana Jaya ‘buat hal’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/LRT-TULAR-1024x768.jpeg)