[VIDEO] Ramai terkandas, LRT Laluan Kelana Jaya ‘buat hal’

23 Nov 2026 • 7:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Ramai terkandas, LRT Laluan Kelana Jaya ‘buat hal’

PETALING JAYA – Rata-rata pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya terpaksa bersesak di beberapa stesen ketika ini akibat perkhidmatan itu mengalami gangguan sistem petang tadi.

Keadaan itu menyebabkan beberapa tren LRT terpaksa dipandu secara manual sehingga berlaku kelewatan.

Berdasarkan perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Ahmadrazin berkata, gangguan perkhidmatan itu menyebabkan penumpang terpaksa turun dari tren.

“Dua tren ke Gombak ditamatkan perkhidmatan di stesen Damai. Semua penumpang diarah turun. Damai sikit lagi jadi Pasar Seni,”tulisnya.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi masalah sama apabila tersangkut di stesen Masjid Jamek.

“Harini Laluan Kelana Jaya buat hal apa lagi, kenapa penuh semacam kat Masjid Jamek masa balik keje ni,” kongsi Aidafiqh.

Sementara itu, Rapid KL menerusi perkongsian di laman Facebooknya memaklumkan gangguan melibatkan perkhidmatan Laluan Kelaja Jaya itu telah pulih.

“Tren yang dipandu secara manual telah beroperasi secara automatik sekarang.

“Waktu menunggu tren mungkin sedikit panjang sementara kekerapan perkhidmatan sedang diselaraskan. Terima kasih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Ramai terkandas, LRT Laluan Kelana Jaya ‘buat hal’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved