
Semalam, tular di platform X berkenaan satu klip video yang memaparkan dua orang wanita bekerja sebagai jurujual kereta telah bersikap biadap kerana mengutuk rakan sekerja mereka dalam satu sesi live di TikTok.
Mereka difahamkan telah mengkritik penampilan bekas rakan sekerja tersebut dan merendah-rendahkan kelulusan akademik individu itu.

Artikel berkaitan: “Belajar setakat SPM, dah lah tak handsome” – 2 Jurujual Kereta Kantoi Hina Bekas Pekerja Ketika ‘Live’
Artikel berkaitan: “Tu bukan..” – Kutuk Laksa Sarawak Bau Jamu, Netizen ‘Sekolahkan’ Makcik Ini
“Aku maafkanlah”
Susulan isu berkenaan menjadi viral, mangsa kejadian yang dikenali sebagai Irfan tampil memuat naik video di TikTok memberi penjelasan berkaitan perkara itu.
Menurutnya, dia telah memaafkan kedua-dua wanita yang telah mengutuknya itu dan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
Aku maafkanlah, aku tak kisah. Aku maafkan,” katanya.
Irfan kemudian mendedahkan ketika dia melihat live dua wanita yang mengutuknya itu, dia masih lagi staf yang bekerja di syarikat itu.
Ish macam kenal ni, ish macam staf kat bawah ni. Ini macam mengata aku ni. Siapa tak sakit, tengok orang tengah live kutuk diri sendiri.
“Jadi aku pun record dan bawa ke management, tunjuk dekat management sebab aku pun rasa tak sedap selama ini. Macam nak berhenti. Tapi memang Allah nak tunjuklah, aku pun berhenti,” ceritanya lagi.
@irfanros [Part 1] Saya terima semua kutukan yang dilontarkan. Semoga mereka mendapat kesedaran.
Tambahnya lagi, ketika itu, kedua-dua staf wanita berkenaan masih tidak tahu lagi yang Irfan sudah mengetahui tentang hal ini.
Malah Irfan juga sempat bertemu dengan bekas rakan sekerja itu dan membuat reaksi seperti tiada apa yang berlaku walaupun hatinya pada ketika itu menahan rasa sakit.
Menurutnya lagi, kes itu viral keesokan harinya selepas dia meletak jawatan daripada syarikat terbabit.
Pesanan aku dekat orang yang mengutuk aku tu, semoga bertaubatlah. Tak payahlah kita nak mengata orang. Kalau kita tak suka orang, kita simpan dalam hati.
“Yang penting kita kerja secara sihat, guys,” katanya lagi.
Semoga individu yang terlibat tu ambil perkara ini sebagai pengajaran. Tak baik kutuk-kutuk orang.
Sumber: TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


