
KUALA LUMPUR – Tular di platform TikTok mengenai satu perkongsian daripada akaun media sosial rasmi pasangan influencer, Prince Syed Shahid dan isterinya, Fatin, yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Perkongsian tersebut memaparkan sekeping gambar hitam putih dipercayai milik Prince Syed, disertakan dengan kapsyen ringkas berbunyi, “Apa-apa update akan diberitahu,” serta diiringi bacaan Al-Fatihah sehingga mengundang pelbagai persoalan.
Netizen Mula Persoal Kesahihan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat keliru dan sukar mempercayai perkara tersebut, apatah lagi ada yang mendakwa baru sahaja melihat influencer berkenaan aktif seperti biasa. “Eh baru jap tadi nampak kat bazar,” tulis seorang pengguna, manakala yang lain turut mempersoalkan kesahihan, “Tengah hari tadi tengok live baju… betul ke ni ”.
Dalam masa sama, ada juga yang beranggapan kemungkinan ia sekadar salah faham atau gurauan, dengan komen seperti “Kalau betul Al-Fatihah, kalau salah anak main HP lah ni,” namun tidak kurang yang menegur agar perkara berkaitan kematian tidak dijadikan bahan mainan. “Bab meninggal jangan buat main ehh, tak lawak,” tegas seorang netizen.
Situasi itu turut menimbulkan persepsi sinikal segelintir pihak yang mengaitkannya dengan taktik pemasaran, “Lain macam marketing 2026 sekarang ni,” selain ada yang mempersoalkan kewajaran perkara sebegitu dijadikan kandungan, “Takkan benda macam ni nak buat main kan?”.
Malah, ada juga berkongsi pengalaman terdahulu melibatkan kes serupa sehingga menyebabkan orang ramai semakin berhati-hati untuk mempercayai berita seumpama itu.
Sehingga kini, masih tiada sebarang penjelasan rasmi dikeluarkan oleh pihak pasangan tersebut berhubung situasi sebenar, dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi serta menunggu maklumat sahih daripada sumber rasmi.
Walau bagaimanapun, mengikut info terbaharu yang diterima, beberapa netizen mendakwa perkongsian tersebut dipercayai telah dipadam tidak lama selepas dimuat naik. Dalam masa sama, muncul juga dakwaan lain yang menafikan berita tersebut apabila ada yang menyatakan isteri kepada influencer berkenaan sempat membuat siaran langsung dan menjelaskan bahawa akaun tersebut mungkin telah digodam selepas telefon ditinggalkan di sebuah kedai makan.- The Malaysian Update
The post “Al-Fatihah Prince Syed…” — Perkongsian Mengejutkan Undang Tanda Tanya Netizen appeared first on The Malaysian Update.

