
DUA minggu lalu, ramai terkejut apabila pelakon Diana Danielle tiba-tiba mengesahkan sudah putus cinta dengan kekasih hatinya, dikenali sebagai Bern.
Mana tidaknya, sebelum itu elok saja mereka berkasih sayang dan saling menemani ke acara-acara hiburan. Jadi, apabila siap buat pengakuan hubungan sudah putus, memang terkejutlah satu industri. Namun, rupa-rupanya kejutan itu tidak berakhir begitu sahaja.
Seingat Diva, Diana buat pengakuan sudah putus cinta dalam tempoh 24 jam selepas malam tayangan perdana filem Terbang. Ketika media tengah ralit memutarkan puja-puji Diana terhadap Bern, namun tidak semeta-mena, tulisannya dalam Threads mengejutkan semua.
Anehnya, keesokan harinya selepas Diana buat pengkuan putus, si Bern pula muat naik kata-kata sokongan terhadap Diana sambil berkongsi gambar-gambar semasa hadir ke malam pratonton filem lakonan Diana. Beberapa hari kemudian, Bern juga dilihat turut bersama-sama dengan Diana ketika membuat rawatan di sebuah klinik kecantikan.
Tidak terhenti Diana kemudian memuat naik perkongsian membuat ucapan selamat hari jadi buat kekasihnya itu.
Nampaknya, perkataan pusingan U atau ‘u turn’ dengan Diana memang melekat teruk, sejak bergelar isteri Farid Kamil lagi.
Untuk Diana, mungkin kalau bergaduh jangan terus melenting tulis dalam Threads. Cuba sabar.
DIVA: Pening dengan sikap ramai artis hari ini yang mudah lupa ingatan. Kasihan.
The post Alahai, Diana Danielle, sekejap putus, kemudian berkepit appeared first on Kosmo Online.






