Pelakon Diana Danielle sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi ucapan hari lahir buat seorang lelaki yang disifatkan sebagai insan istimewa dalam hidupnya.
Menerusi perkongsian di media sosial, Diana memuat naik beberapa foto bersama lelaki berkenaan termasuk ketika mereka meluangkan masa bersama.
AdvertisementView this post on Instagram
Menariknya, Diana turut menulis ucapan yang jelas menunjukkan hubungan mereka sudah memasuki usia setahun.
“Happy birthday my sayang I love you, since this is a public account, I’ll let the pictures show the adventures we had together… this also marks our 1 year together. Enjoy 39!!! @bvaww”
Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang persoalan dalam kalangan netizen apabila ada yang mempersoalkan status hubungan mereka.
Malah, terdapat pengguna media sosial yang tertanya-tanya sama ada Diana dan lelaki berkenaan masih bersama selepas sebelum ini timbul persoalan mengenai status hubungan mereka.
“Lahhh aritu bkn ckp dh putus ke?” tulis seorang pengguna.
Seorang lagi pula menyifatkan situasi tersebut sebagai sesuatu yang biasa berlaku dalam hubungan selebriti, selain menyindir mengenai hubungan mereka.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, ada juga netizen yang menegur Diana supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi mengenai kehidupan peribadinya di media sosial.
Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian terbaharunya itu, Diana dilihat selesa berkongsi momen bersama lelaki berkenaan dan secara terbuka menyatakan mereka sudah setahun bersama.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai dengan jumlah tanda suka yang tinggi, selain ratusan komen daripada netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Promote Amalan Puja Iblis Ke Ni? ” – Liyana Jasmay Dikecam Pakai T-Shirt Promosi Filem ‘Pemuja Syaitan’, Netizen Dakwa Boleh Lari Akidah
The post “Kejap Putus, Kejap Bercinta” – Diana Danielle Kongsi Foto Bersama Kekasih, Netizen Doakan Kebahagiaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






