Alam Flora raih pengiktirafan pengurusan sisa kebangsaan

LocalEnvironment
17 Aug 2026 • 2:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Alam Flora raih pengiktirafan pengurusan sisa kebangsaan

PETALING JAYA – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) menerima Pengiktirafan Kecemerlangan Pengurusan Sisa Kebangsaan pada Edisi Ke-4 Anugerah Pengiktirafan Waste Management Association of Malaysia (WMAM) 2026.

Pengiktirafan itu diberikan sebagai menghargai komitmen syarikat dalam memperkukuh amalan pengurusan sisa mampan, ekonomi kitaran dan pemerkasaan komuniti menerusi pelbagai inisiatif.

Anugerah berkenaan telah diserahkan kepada
Ketua Pegawai Operasi Alam Flora, Mohamad Muhazni Mukhtar pada majlis yang berlangsung bersempena Persidangan Tahunan WMAM 2026 baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Shariman Yusuf Mohamed Zain berkata, pengiktirafan tersebut mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam menyediakan penyelesaian pengurusan sisa yang inovatif dan mampan.

“Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan besar kepada seluruh warga Alam Flora yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti.

“Ia turut mengiktiraf usaha berterusan kami mengubah perspektif terhadap sisa daripada sekadar bahan buangan kepada sumber yang mempunyai nilai ekonomi dan alam sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Alam Flora turut memberi tumpuan terhadap isu sisa makanan yang menyumbang kira-kira 45 peratus daripada jumlah sisa pepejal perbandaran negara.

Antara usaha yang sedang dirancang ialah projek perintis pengkomposan di sebuah pasar borong di Kuala Lumpur yang dijangka mampu mengalihkan sehingga 20 tan sisa makanan sehari daripada dihantar ke tapak pelupusan.

Syarikat itu turut melaksanakan program kitar semula, pengasingan sisa di punca dan kempen kesedaran awam bagi menggalakkan amalan sifar sisa.

Sepanjang tahun ini, lebih 300 program jangkauan melibatkan sekolah, organisasi korporat dan agensi kerajaan telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kitar semula, kesihatan awam dan pengurusan sisa yang bertanggungjawab.

Alam Flora turut mengendalikan Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) di Putrajaya dan Recovery Initiative Sustainable Eco-Friendly (RISE KL) di Kuala Lumpur, dengan RISE KL mampu memproses sehingga 50 tan sisa kering sehari.-KOSMO! ONLINE

The post Alam Flora raih pengiktirafan pengurusan sisa kebangsaan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved