'Alhamdulillah doa rakyat Melaka dimakbulkan, Kor Ming bila lagi?' - Dr Akmal

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 12:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Alhamdulillah doa rakyat Melaka dimakbulkan, Kor Ming bila lagi?' - Dr Akmal
Dr Akmal Saleh memberi maklum balas ringkas berhubung dakwaan hasrat DAP keluar pentadbiran kerajaan negeri sekiranya pindaan ADUN Lantikan dililuskan.

MELAKA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh secara sinis menyindir DAP susulan dakwaan parti itu berhasrat keluar daripada kerajaan negeri Melaka sekiranya pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan diluluskan.

Menerusi perkongsian di media sosial Dr Akmal secara berseloroh meluahkan rasa syukur jika dakwaan berkenaan benar-benar menjadi kenyataan.

“Alhamdulillah, doa rakyat Melaka dimakbulkan.

“Nga Kor Ming bila lagi??? katanya.

Media pada Selasa melaporkan, DAP Melaka dilaporkan bakal membuat keputusan besar dengan mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri serta melepaskan semua jawatan yang disandang dalam pentadbiran pimpinan Barisan Nasional (BN).

Memetik laporan Malaysiakini, tindakan itu dikatakan sebagai tanda protes terhadap cadangan pindaan Perlembagaan Negeri bagi memperkenalkan ADUN Lantikan.

Menurut laporan itu, wakil DAP dijangka membuat pengumuman berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selepas kerajaan negeri meneruskan usul pindaan perlembagaan tersebut pada persidangan tengah hari Selasa.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved