'Tak tahu buat surat? meh aku buatkan' - Akmal Saleh sindir Kor Ming

LocalPolitics
12 Jul 2026 • 12:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Tak tahu buat surat? meh aku buatkan' - Akmal Saleh sindir Kor Ming
Akmal Saleh (gambar kiri) menawarkan diri untuk membuat surat peletakan jawatan untuk Kor Ming dalam Kerajaan Perpaduan.

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menawarkan diri untuk membuat surat peletakan jawatan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam Kerajaan Perpaduan.

Menerusi hantaran di Facebook, Dr Akmal menyindir pemimpin DAP berkenaan susulan beliau dilapor berkata akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan sekiranya BN menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

"Wahai Nga Kor Ming, kalau kamu tidak tahu nak buat surat letak jawatan,meh sini aku buatkan," katanya ringkas berserta tanda pagar #letakjawatanngakorming.

Kor Ming sebelum ini turut membayangkan DAP akan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya perkara itu berlaku kerana ia adalah 'garis merah' parti terbabit.

Kor Ming mendakwa UMNO Johor berulang kali menyuarakan hasrat supaya Najib dibebaskan lebih awal dengan slogan 'UMNO menang besar, Najib pulang ke rumah'.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved