Saifuddin, Mohd Khalid ziarah lans koperal putus tangan, beri kata semangat

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 7:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saifuddin, Mohd Khalid ziarah lans koperal putus tangan, beri kata semangat

PETALING JAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail hari ini menziarahi Lans Koperal Thierry Rodger Pendy yang cedera parah selepas ditetak menggunakan parang di sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri, Kepong, semalam.

Lawatan kebajikan itu diadakan bagi meninjau keadaan kesihatan anggota berusia 26 tahun berkenaan yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam kunjungan tersebut, Saifuddin dan Mohd Khalid turut menyampaikan kata-kata semangat serta sokongan moral kepada mangsa dan keluarganya bagi menghadapi ujian berkenaan.

“Anggota tersebut bertugas di Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, mengalami kecederaan parah sehingga pergelangan tangan kanannya terputus akibat ditetak warga asing menggunakan parang ketika menjalankan tugas.

“Mangsa pada awalnya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke HKL bagi menjalani pembedahan dalam usaha menyambung semula pergelangan tangan kanannya,” menurut kenyataan di Facebook Polis Diraja Malaysia.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar serta beberapa pegawai kanan PDRM. – KOSMO! ONLINE

The post Saifuddin, Mohd Khalid ziarah lans koperal putus tangan, beri kata semangat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved