
SEPANG – Hujan yang turun di sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tengah hari ini melegakan sebahagian peminat Formula 1 yang menyaksikan perlumbaan pada hari terakhir.
Menerusi beberapa perkongsian di Threads, keadaan cuaca di SIC dilaporkan berubah apabila hujan renyai mula membasahi kawasan litar sekali gus meredakan bahang panas yang dirasai pengunjung sejak pagi.
Seorang pengguna, @_fatynn.halim menyambut baik perubahan cuaca itu sambil berseloroh ia sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit keselesaan kepada penonton.
“Alhamdulillah. Allah bersama kita. Sejuklah sikit nak tengok perlumbaan hari ini. Semya sejuk termasuk peminat,” tulisnya menerusi ruangan komen.
“Alhamdulillah Sepang hujan. Tapi renyai-renyai je. Tak pasti nak berhenti dah atau makin lebat,” komen Nonxstar pula.
Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian beberapa pengunjung, hujan berkenaan dipercayai hanya turun dalam tempoh singkat sebelum cuaca kembali panas.
Seorang pengguna, @arfhvkm berkata, hujan hanya berlangsung kira-kira lima minit sebelum matahari kembali terik.
“Hujan lima minit sahaja, sekarang terik balik,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Alhamdulillah SIC hujan, sejuk sikit nak tengok race’ appeared first on Kosmo Online.






