'Alhamdulillah! We're so proud of you sayang!' - Menteri Pendidikan kongsi momen anak ketiga raih keputusan cemerlang SPM 2025

LocalFamily & Parenting
1 Apr 2026 • 12:26 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

'ALHAMDULILLAH thumma Alhamdulillah.'

Demikian luahan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, apabila anak perempuannya, Maryam Fadhilah Mohd Fadzli, memeriksa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Menerusi hantaran di Facebook, Fadhlina berkongsi momen bermakna dan rasa bangga atas kejayaan Maryam.

Dalam pada itu, beliau tidak lupa menitipkan ucapan terima kasih kepada barisan para guru yang mendidik.

"Alhamdulillah! We're so proud of you sayang.

"Ini gambar semasa kami baharu betul-betul melihat keputusan Maryam selepas keputusan atas talian.

image is not available

"Terima kasih kepada semua para pendidik dan asatizah yang telah mendidik Maryam. Kejayaan hari ini memang hasil sentuhan para guru yang sangat komited melakukan yang terbaik untuk anak-anak bangsa," kongsinya.

Artikel berkaitan:

Dalam hantaran yang sama, Fadhlina menyatakan didikan yang telah diberikan buat cahaya mata ketiga itu. Malah, beliau sempat menulis tahniah atas semangat yang diberikan kepada semua calon SPM batch 08 yang menerima keputusan SPM semalam.

"Maryam juga telah kami pasakkan bahawa tiada kejayaan tanpa usaha. Terus tunduk dengan rendah jiwa dan bersyukur. 

"Tahniah kepada semua batch 08! Kalian memang hebat, 'resilient' dan kuat semangat!," titipnya.

image is not available

Menerusi hantaran Facebook SMK Agama Putrajaya, turut dikongsikan foto Maryam memegang kad keputusan mini yang bertulis 9A.

Sekadar info, Maryam yang mengikuti aliran  terdahulu Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran pada 2024 ketika di Tingkatan Empat.

Terdahulu, anak sulung Fadhlina, Thurayya Fadhilah memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan SPM tahun 2022 manakala anak keduanya, Sarah, pula meraih 8A pada SPM 2024.